ISC Tarik Diri Bida Kempen `Malaysia Truly Asia'

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agensi pengiklanan, Integrated Strategic Communications (ISC) yang berperanan menjayakan kempen “Malaysia Truly Asia" tidak akan berganjak dari menarik diri daripada kempen yang menguntungkan itu kecuali apa yang disifatkannya sebagai “kekaburan” proses tender Pelancongan Malaysia diubah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas ISC, Austen Zecha berkata, selepas menjalankan kempen “Malaysia Truly Asia” yang begitu berjaya selama 12 tahun, ISC membuat pembidaan untuk tiga tahun lagi tetapi memutuskan untuk menarik diri berikutan wujudnya ketaksamaan dalam proses tender.

Difahamkan bidaan itu adalah untuk hampir RM400 juta bagi pengiklanan dan kempen promosi yang akan menjejaki pasaran di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Oceania.

Beliau berkata, proses ”kabur” itu tidak saja tentang bagaimana kementerian membelanjakan bajet kerajaan tetapi juga tentang bagaimana kementerian mengendali proses berkenaan dalam mana Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar baru-baru ini yang mengetepikan peringkat presentasi dalam pemilihan.

"Presentasi selama beberapa tahun ini menjadi perkara paling penting dalam pemilihan dan tidak pernah diketepikan dari proses berkenaan; inilah ketikanya bila proposal (cadangan) terbaik dipilih.

"Anda perlu mendengarnya, dan merasakanya, itu gunanya presentasi langsung," kata Zecha kepada Bernama.

Beliau berkata para pegawai kementerian bagaimanapun telah meminta ISC tidak menarik balik bidaannya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan