BN Akan Cari Pengganti Zaharuddin Teruskan Perjuangan Bela Penduduk Kerdau - Najib

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.

Beliau berkata mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian anggota DUN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

"Masa depan tempat ini akan terus dimajukan, kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut menunaikan solat sunat jenazah di rumah Allahyarham di Kerdau.

Allahyarham dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) pada 7.15 petang semalam.

Sebelum ini, Zaharuddin pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

Zaharuddin juga pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei tahun lepas.

Perdana Menteri berkata tarikh pilihan raya kecil DUN itu akan ditentukan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Kita akan hadapi pilihan raya itu secara terbuka dan kita akan mencari calon yang sesuai untuk memberikan khidmat yang berkesan di kawasan ini," katanya.

Pada perkembangan sama, Perdana Menteri berkata beliau secara peribadi menyifatkan kematian Zaharuddin sebagai satu kehilangan besar bagi dirinya.

"Allahyarham merupakan sahabat saya selama 30 tahun, beliau amat rapat dengan saya, secara peribadi saya kehilangan sahabat yang akrab," katanya.

Najib berkata, Allahyarham banyak membantunya ketika beliau (Najib) menjadi Menteri Besar Pahang dari segi pemikiran, idea, dan bertukar-tukar pandangan dalam membangunkan negeri Pahang.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi jurulatih Biro Tata Negara, penolong pegawai daerah di Bentong, sebelum dipilih menjadi wakil rakyat kawasan DU NKerdau pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan