Upko Mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan Untuk Siasat Masalah Imigresen Di Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat masalah imigresen di Sabah.

Katanya langkah itu perlu berikutan laporan bahawa seorang ahli perniagaan yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dari Sabah diisytiharkan sebagai pemerintah di wilayah Sulu di selatan Filipina.

Beliau berkata perisytiharan itu menyebabkan status kewarganegaraan ahli perniagaan yang berpusat di Kota Kinabalu itu, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, menjadi persoalan.

"Saya berasa jelak (apabila mengetahui perkata ini). Anda tidak boleh membiarkan orang bebas ke sana ke mari di negara ini dan membentuk 'negara' mereka sendiri... ini tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini, Sabtu.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas pengumuman baru-baru ini mengenai kerajaan sementara yang diisytiharkan sendiri oleh apa yang dipanggil Kesultanan Sulu, bahawa Mohd Akjan adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.

Mohd Akjan dikatakan telah diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup yang dihadiri oleh sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu, di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Februari. Dompok berkata isu dua warganegara memerlukan siasatan menyeluruh dan beliau menggesa pihak berkuasa di Malaysia supaya memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

Semalam, sayap Pemuda Barisan Nasional, Parti Keadilan Rakyat Sabah dan Parti Maju Sabah membuat laporan polis berasingan di sini, menggesa polis agar memulakan siasatan terhadap perisytiharan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan