Revolusi Mesir Guling Mubarak Kemenangan Insan Bermaruah - Dr Chandra Muzaffar

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden International Movement for a Just World (Just) Dr Chandra Muzaffar menyifatkan revolusi Mesir menggulingkan Mubarak sebagai "kemenangan insan bermaruah". "Mubarak tersungkur dalam kuasa rakyat. Rakyat Mesir menunjukkan kesungguhan dalam perjuangan mereka terhadap diktator. Mereka tabah menentang. Pengorbanan mereka adalah hebat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu. Profesor Kajian Global di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, revolusi Mesir, bermula pada 11 Februari, akan menjadi isyarat yang memberikan inspirasi kepada rakyat jelata bangkit menentang rasuah, pemimpin tamak yang mengkhianati amanah rakyat dan akan memberikan dorongan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk keazaman sendiri. Mengimbau revolusi lain dalam sejarah -- Revolusi Perancis 1789, Revolusi Bolshevik 1917 dan Revolusi China 1949, Chandra berkata ia menunjukkan bagaimana pergerakan rakyat berjaya menggulingkan rejim diktator yang telah kehilangan kebolehpercayaan dengan rakyat.

"Pergerakan kuasa rakyat di Filipina pada 1986 dan pergerakan besar-besaran menentang Presiden Suharto di Indonesia pada 1998, merupakan dua contoh dari Asia Tenggara sementara siri kebangkitan di Eropah Timur pada 1989, akan juga membuktikan rangkuman kuasa pada rakyat," tambah beliau.

Bagaimanpun beliau mengakui bahawa revolusi dan kebangkitan yang popular tidak sentiasanya disampaikan atas kebebasan dan keadilan mereka janjikan, bagaimanapun pemimpin yang idealistik dan mengutamakan kesenangan orang lain dan penyertaan, mungkin dalam peringkat awal. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan