Rakyat Malaysia Dinasihat Jangan Pulang Dulu, Keadaan Mesir Diyakini Beransur Pulih - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Dinasihat Jangan Pulang Dulu, Keadaan Mesir Diyakini Beransur Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMBAKUT: Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dinasihatkan supaya tidak pulang ke Malaysia buat sementara waktu kerana keadaan di negara bergolak itu dipercayai akan beransur pulih berikutan peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak malam Jumaat.

Bagaimanapun, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kementeriannya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, akan sentiasa memantau keadaan di negara itu.

"Kita akan melihat dulu situasi sekarang sebelum membuat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke beberapa kampung yang terjejas dengan banjir di sini pada Sabtu.

Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat Mesir yang membantah pemerintahannya sejak 30 tahun dan mengumumkan peletakan jawatannya melalui Naib Presiden Omar Suleiman yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen kira-kira tengah malam waktu Malaysia malam Jumaat.

Demonstrasi jalanan bagi membantah pemerintahan Mubarak diadakan di bandar-bandar besar di Mesir sejak 25 Jan lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan