Peruntukan Pemulangan Duti Hiburan Dikaji Semula Pastikan Penerbit Filem Manfaat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mengkaji semula penyaluran peruntukan pemulangan duti hiburan kepada penerbit filem tempatan bagi memastikan mereka akan mendapat manfaatnya.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ini bagi memastikan bukan hanya penerbit filem tempatan yang mencatat penjualan tiket yang tinggi tetapi mereka yang memperoleh jualan tiket yang rendah, akan juga mendapat insentif kewangan itu.

"Filem yang kurang berjaya juga akan mendapat pulangan bantuan sedikit yang bukan dalam bentuk duti hiburan, tetapi dalam bentuk insentif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Sabtu.

Beliau berkata perkataan duti hiburan juga akan digantikan dengan perkataan insentif kerana bayaran tersebut akan dibuat oleh kementerian itu daripada kerajaan negeri memandangkan kerajaan negeri tidak menjalankan tanggungjawab untuk pemulangan duti hiburan tersebut kepada penerbit filem yang layak.

Katanya pemberian insentif itu akan dilakukan secara adil berdasarkan pencapaian penjualan tiket sesebuah filem, berbanding sekarang di mana filem yang mencatat jualan tiket yang tinggi mendapat 20 peratus daripada hasil jualan tiket tersebut. Rais berharap Finas dan persatuan-persatuan pengeluar filem tempatan berbincang dan memperhalusi usaha kementerian itu untuk menkaji semula pembayaran insentif itu supaya dapat diagihkan dengan adil dan saksama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata satu definisi baru bagi erti dan fungsi filem Malaysia untuk mewujudkan konsep 1Malaysia yang baik iaitu dari segi amalan, kualiti dan pengisian penceritaanya.

"Kita akan menggalakkan penerbit kaum India membuat filem tentang orang Melayu atau orang Cina, dan penerbit kaum Cina membuat filem mengenai orang Melayu dan, orang Melayu membuat filem tentang masyarakat Cina dan India," katanya.

Jalinan cerita juga akan dipelbagaikan iaitu daripada teknik dan isiannya supaya dapat menembusi pasaran yang lebih besar berbanding pada masa ini yang hanya bagi golongan kaum tertentu, katanya.

Rais berkata kementerian juga sedang mengkaji untuk menggabungkan Jabatan Filem Negara dan Finas sebagai satu entiti yang lebih produktif dan bererti dalam pembikinan filem dokumentari, filem cereka, filem animasi, filem pendek dan sebagainya.

Filem Negara yang ditubuhkan pada 1963 bertanggungjawab menyalurkan maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan melalui filem, serta menerbitkan filem dokumentari dan treler berkualiti, sementara Finas yang ditubuhkan pada 1981 berfungsi mengenai pembangunan industri filem negara.

Menteri itu juga berkata kerajaan akan mewujudkan satu dana di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu penerbit filem animasi, serta bantuan teknologi media dalam pembikinan filem dan peruntukan untuk penyelidikan bagi meningkatkan kualiti pengeluaran filem animasi negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan