PAS Dan Umno Perlu Pertahankan Hak Melayu

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun PAS dan Umno mempunyai ideologi yang berbeza tetapi kedua-dua parti itu hendaklah bersama-sama mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata sekiranya kedua-dua parti itu saling mempertahankan kepentingan hak orang Melayu tanpa mengetepikan hak kaum lain, tidak akan timbul masalah yang menggugat perpaduan kaum.

"Kita saling mempertahankan, jadi tiada siapa yang harus berasa risau kerana apa yang dijamin dalam Perlembagaan akan terus dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel "Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan" pada Simposium "Dilema Melayu: Perseptif dan Konklusif" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di sini, Sabtu.

Perbincangan tersebut diadakan secara tertutup dengan para wartawan tidak dibenarkan membuat liputan.

Isa berkata walaupun dari segi mengabungkan PAS dan Umno sebagai sebuah parti agak sukar, tetapi bersatu untuk mempertahankan hak orang Melayu sudah mencukupi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga merupakan anggota panel perbincangan tersebut berkata kepada pemberita bahawa pakatan pembangkang juga akan tetap menyokong dan mempertahankan sesuatu kepentingan yang termaktub dalam Perlembagaan bersama Umno selagi ia tidak bercanggah.

"Sesuatu yang bersifat adil, kami akan pertahankan biarpun mereka Umno," katanya.

Simposium yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta bertujuan menggembleng idea dalam mengupas langkah-langkah serta penyelesaian secara kolektif bagi memastikan agenda Melayu dalam Dilema Melayu dapat diperhalusi dan membuahkan hasil yang signifikan.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan