Konvensyen BN Sarawak 5 Mac, Petanda Pilihan Raya Negeri Semakin Dekat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan diadakan pada 5 Mac depan menggambarkan seolah-olah pilihan raya negeri itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, tarikh sebenar untuk mengadakan pilihan raya negeri berkenaan bergantung kepada 'ilham' Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Yang itu (tarikh) kena tanya Ketua Menteri sebab beliau sudah ada ilham...beliau ada ilham sekarang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini, Jumaat.

Desas-desus bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat semakin hangat diperkatakan terutamanya apabila Najib yang juga Perdana Menteri sudah mengadakan lawatan ke Sarawak sebanyak dua kali pada tahun ini.

Terbaru, Najib mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sarawak bagi mendapatkan maklum balas diperingkat akar umbi.

Selain itu Najib berkata, pada pertengahan Mac depan, beliau dijadual akan turun sekali lagi ke Sarawak bagi mengadakan lawatan rasmi.

"Saya dijadual akan turun sekali lagi pertengahan Mac depan...kita akan turun beramai-ramai bersama semua pemimpin BN dalam lawatan tersebut," katanya.

Sementara itu, pada mesyuarat yang sama beliau diberi taklimat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengenai persediaan jentera parti itu menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Najib berkata, BN akan menurunkan seoran calon yang berwibawa bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.

"Kita akan letak seorang calon yang disenangi, berwibawa dan tak ada apa-apa masalah secara peribadi.

"Maka insyaAllah peluang BN untuk menang dengan keputusan yang memberangsangkan dapat dijadikan kenyataan," katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai 'postmortem' keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang yang diadakan pada 30 Januari lalu.

Menurutnya, secara keseluruhan PAS tidak akan dapat bertapak di Johor yang menjadi kubu kuat Umno selama ini.

Menurutnya walaupun parti pembangkang menaburkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan, rakyat lebih bijak membuat pilihan mengenai parti mana yang akan membela nasib mereka.

"Walaupun serangan bertubi-tubi pembangkang yang membangkitkan pelbagai isu nasional, tapi pada kesudahannya rakyat lebih yakin kepada BN," katanya.

Najib juga berkata beliau berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi BN di DUN Tenang iaitu peningkatan 50 peratus majoriti.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan