Kementerian Pengajian Tinggi Tunggu Kebenaran MKN Untuk Hantar Pegawai Ke Mesir

Diterbitkan: Sabtu, 12 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi menunggu "lampu hijau" daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum menghantar pegawainya ke Mesir bagi membolehkan rundingan dengan pihak pengurusan universiti di negara itu dijalankan dengan segera.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya percaya keadaan di Mesir akan beransur pulih berikutan perkembangan terbaru di negara itu yang menyaksikan Presiden Hosni Mubarak mengumumkan peletakan jawatannya semalam.

"Ini akan memungkinkan kita untuk buat perancangan bagaimana nak bantu 5,000 pelajar kita balik semula ke Mesir. Kita nak tahu bila universiti di Mesir nak buka dan kalau nak buka minggu depan atau akhir bulan kita nak runding boleh tak kalau penuntut kita pulang lewat sikit dan tidak didenda.

"Kita di sini pun kena lihat dari segi logistik, dari segi peperiksaan sama ada boleh tangguh atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Akademik 2011 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada Sabtu.

Kira-kira 5,000 daripada 11,000 penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir mengambil jurusan perubatan.

Dianggarkan terdapat 2,000 penuntut Malaysia masih berada di negara terbabit manakala selebihnya telahpun dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, Mohamed Khaled menasihati penuntut Malaysia yang menuntut di luar negara supaya berdaftar dengan Pejabat Pelajaran Malaysia, Wisma Putra atau kedutaan bagi memudahkan kerajaan menghubungi mereka sekiranya berlaku sebarang pergolakan seperti di Mesir.

Beliau juga meminta penuntut Malaysia di luar negara yang telah berdaftar tetapi kemudian berpindah rumah supaya mengemaskini alamat tempat tinggal terbaru mereka. "Berdasarkan pengalaman kita di Mesir baru-baru ini, ada pihak kedutaan dan pejabat pelajaran Malaysia pergi ke rumah pelajar yang didaftar tetapi mereka tiada kerana telah berpindah dan tidak kemaskini (pendaftaran)," katanya.

Mengenai cadangan kementeriannya untuk menilai semula mutu pengajian di beberapa universiti di Mesir, Mohamed Khaled berkata penilaian itu memang sentiasa dilakukan terhadap semua universiti luar negara yang menampung penuntut perubatan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata sudah sampai masanya kementerian menghantar wakil ke Mesir untuk mengkaji kesesuaian program perubatan yang disediakan oleh universiti di negara itu.

Selain itu, katanya, penilaian juga dilakukan berasaskan kepada pandangan Majlis Perubatan Malaysia baru-baru ini berhubung kualiti pelajar perubatan Malaysia yang sebahagian besar dihasilkan oleh universiti luar negara.

"Kita nak lihat sama ada universiti itu layak atau tidak dalam menyediakan program perubatan kepada pelajar Malaysia. Kita tidak nafikan ada isu kualiti yang dihadapi pelajar perubatan kita di luar negara.

"Duit bukan asas untuk ambil bidang perubatan, ini melibatkan soal kesihatan dan nyawa pesakit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan