Yayasan Proton Sumbang Biasiswa RM1 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) yang juga penasihat Proton beramah mesra dengan para penerima biasiswa Proton. - Foto BERNAMA
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) yang juga penasihat Proton beramah mesra dengan para penerima biasiswa Proton. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Proton Holding Berhad menerusi Yayasan Proton memperuntukan sebanyak RM1 juta kepada 13 pelajar sebagai biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, perakaunan dan teknologi maklumat di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta terpilih di seluruh negara.

Pengerusi Yayasan Proton, Datuk Jaffar Indot berkata, pakej biasiswa yang diberikan syarikat pengeluar kereta nasional itu turut termasuk komputer riba kepada semua 13 orang pelajar terbabit.

"Selain dari yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku dan tempat tinggal, kesemua 13 orang pelajar ini turut menerima sumbangan komputer riba bagi membantu pembelajaran mereka agar lebih efektif," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian biasiswa Yayasan Proton di Auditorium Proton di sini, Jumaat.

Penyampaian biasiswa berkenaan disempurnakan Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu menurut Jaffar, biasiswa Yayasan Proton memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah serta anak kakitangan Proton.

Katanya lagi, bagi tahun kewangan 2010/11, Yayasan Proton menerima sebanyak 656 permohonan.

Daripada jumlah itu, seramai 139 pelajar telah disenarai pendek untuk ditemuduga bagi sesi pertama dan seramai 69 pelajar dipanggil menghadiri temuduga sesi kedua.

Pada majlis yang sama, Proton turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada empat buah sekolah di bawah Program Sekolah Angkat.

Penerima sumbangan berkenaan ialah Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Selangor dan tiga buah sekolah di Perak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River dan Sekolah Kebangsaan Behrang.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan