TLDM Pertingkat Usaha Tarik Penyertaan Bukan Melayu

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempertingkatkan usaha untuk menarik minat bukan Melayu menyertai pasukan itu, kata Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata antara usaha yang akan diambil ialah menggunakan pegawai kanan bukan Melayu untuk mempromosikan peluang kerjaya dalam TLDM kepada komuniti sebangsa mereka.

"Usaha berterusan akan dilakukan oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dalam menentukan bahawa ramai lagi anggota berbangsa lain dapat menyertai ATM kerana kita harus menghayati semangat 1Malaysia dilaungkan oleh Perdana Menteri.

"1Malaysia apabila ia menjadi realiti akan menentukan keharmonian berpanjangan berterusan di dalam negara," katanya kepada pemberita selepas Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai TLDM di atas Kapal Diraja (KD) Sri Gombak, di sini Khamis.

Pada majlis itu, empat pegawai kanan TLDM dinaikkan pangkat daripada Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda manakala seorang berpangkat kapten dinaikkan kepada pemangku Laksamana Pertama.

Mereka termasuk dua pegawai kanan berketurunan Cina iaitu Laksamana Pertama Datuk Tan Eng Seng yang dinaikkan sebagai Laksamana Muda dan Kapt. Wah Yuen Mai kepada pemangku Laksamana Pertama. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan