Pusat Darah Negara Memerlukan Darah Jenis 'A' Dan 'O'.

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan antara 400 hingga 500 unit darah terutama jenis 'A' dan 'O' untuk menampung keperluan darah di hospital-hospital sekitar Lembah Klang.

PDN dalam kenyataannya hari ini, berkata simpanan darah itu bagi menampung bekalan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah pada Mac ini.

"Simpanan darah ini amat diperlukan bagi rawatan kes seperti pemindahan organ, pesakit Thalasemia, Haemofolia, denggi berdarah dan sebagainya," kata kenyataan itu.

PDN juga akan beroperasi pada hari Maulidur Rasul yang jatuh pada Selasa ini, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Operasi pada hari-hari bekerja pula dilanjutkan sehingga pukul 8 malam dari pukul 7.30 pagi, dan hari Sabtu dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PDN di talian 03-2695 5557 atau 03-2695 5558. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan