Ng Yen Yen Terima Ratusan Panggilan Telefon Gara-Gara Kenyataan Ketua Pemuda Pas

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Cadangan 'kekang aktiviti tidak bermoral' oleh Pemuda PAS menyebabkan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menerima ratusan panggilan telefon daripada mereka yang bimbang dengan perkara itu.

Mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita di sini Jumaat, Menteri Pelancongan itu berkata panggilan terbabit datang daripada pelbagai pihak termasuk pelancong asing.

"Para pemanggil berasal dari industri pelancongan luar dan dalam negara. Kenyataan tersebut boleh menyebabkan ketakutan atau kebingungan pada pelancong asing untuk datang ke negara kita dan perkara itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk mempromosikan Malaysia," katanya.

Ng yang ditemui selepas Majlis Riang Ria Tahun Baru Cina, berkata keadaan itu menunjukkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi tersebut boleh membawa kesan buruk kepada sektor pelancongan negara.

Nasrudin sebelum ini dilapor meminta negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang melaksanakan kempen mengekang gejala tidak bermoral pada Hari Kekasih yang disambut masyarakat dunia pada setiap 14 Februari.

Mengulas lanjut, Ng berkata beliau tidak nampak kewajaran melaksanakan kempen sedemikian yang boleh mencetuskan rasa tidak senang kepada pelancong asing di negara ini.

"Mengapa ada keperluan untuk memiliki polis moral berlari-lari dan meletakkan ketakutan pada pelancong asing yang akan berasa tidak selesa untuk menikmati percutian mereka di Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan