Melaka Setuju Adakan Perbincangan Dengan NS Bagi Projek Pencegahan Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Kerajaan Melaka bersetuju mangadakan perbincangan mengenai projek pencegahan banjir dengan Negeri Sembilan bagi kebaikan dan faedah bersama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Melaka dan pegawai Syarikat Air Melaka menghubungi pegawai terlibat di Negeri Sembilan bagi mengadakan perbincangan awal mengenai perkara itu.

Katanya perbincangan seterusnya dibawa ke peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri dan kemudian ke mesyuarat Menteri-Menteri Besar supaya cadangan dapat dilaksanakan secara bersepadu.

"Kebanyakan air banjir di Melaka datang dari Tampin, Negeri Sembilan. Kita buat tebatan banjir sepanjang Sungai Melaka, kita juga buat empangan dan kolam takungan," katanya katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Chin Chin di sini, Jumaat.

Ketua Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semalam supaya Negeri Sembilan, Melaka dan Johor duduk semeja untuk mengatasi masalah banjir.

Mohd Ali berharap melalui perbincangan itu, Kerajaan Negeri Sembilan dapat membuat pelbagai projek pencegahan banjir di Tampin seperti pembinaan empangan dan kolam takungan.

Bagi pencegahan banjir di Melaka, Mohd Ali berkata kerajaan negeri memohon peruntukan RM260 juta bagi mengatasi masalah banjir di negeri itu.

"Antara projek segera itu ialah pembinaan benteng empat kilometer di Sungai Kesang, empangan Sungai Ayer Panas di sini dan Sungai Gadek di Alor Gajah dan kolam takungan banjir di Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau di Durian Tunggal, Alor Gajah," katanya.

Beliau berkata Melaka memerlukan peruntukan RM2 billion bagi mengatasi masalah banjir secara keseluruhan dan selepas banjir besar pada 2006, Melaka membina pelbagai projek pencegahan banjir bernilai RM50 juta melalui Rancangan Malaysia Kesembilan.

Seramai 9,089 orang daripada 2,325 keluarga terlibat dalam banjir yang melanda Melaka 30 Jan lepas dan setiap keluarga diberi bantuan RM200 daripada kerajaan negeri melibatkan peruntukan berjumlah RM465,000, katanya.

Sehingga pukul 4 petang ini, 69 orang daripada 20 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan di Sungai Rambai, di sini iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan