Keadaan Banjir Johor Semakin Baik

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan kini berkurang kepada 7,958 orang, demikian lapor portal rasmi negeri Johor.

Laporan di www.johordt.my. itu berkata sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 459 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini masih terdapat 37 pusat pemindahan dibuka meliputi daerah Muar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Batu Pahat kekal masih mencatatkan teramai dengan 5,384 orang daripada 1,179 keluarga, diikuti Ledang (1,180 orang daripada 231 keluarga), Muar (1,091 orang daripada 228 keluarga), dan Segamat (303 orang daripada 74 keluarga).

Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter sepanjang satu kilometer. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan