Iran Berusaha Tingkat Hubungan Dua Hala Dengan Malaysia Walau Hadapi Kekangan - Wan Junaidi

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Iran kini berusaha mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia terutama dalam bidang ekonomi, walaupun menghadapi kekangan akibat tekanan dari negara Barat berhubung program nuklearnya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dimaklumkan Duta Besar Iran ke Malaysia Prof Dr Mohammad Mehdi Zahedi kepada beliau.

"Jika hubungan dua hala ini dapat dipertingkatkan, ia akan memberi kebaikan kepada negara kita kerana rakyat Iran mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap negara kita.

"Iran juga boleh dikatakan negara yang agak maju kerana pendapatan per kapita mereka lebih tinggi dari negara kita iaitu sekitar US$12,000 setahun dan ini menunjukkan mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Zahedi di pejabatnya, di sini, Jumaat.

Wan Junaidi berkata Duta Besar Iran itu turut memberitahu bahawa negaranya menghadapi kesukaran untuk mengembangkan ekonomi khususnya bagi meningkatkan dagangan dengan negara luar ekoran tekanan dari negara Barat terbabit.

Katanya dalam pertemuan itu juga, Zahedi menyatakan rakyat Iran memandang tinggi kepimpinan, pembangunan dan rakyat Malaysia yang dilihat boleh dijadikan contoh oleh negara mereka.

"Persepsi rakyat Iran terhadap Malaysia sangat tinggi terutama peranan kita dalam dunia Islam dan mereka mengenali negara kita kerana Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya yang dibina pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya.

Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua mereka turut membincangkan pelbagai perkara lain termasuk pendidikan, budaya dan sosial, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan