Barangan IKS Masih Kurang Di Pasar Raya

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pasar raya di negara ini hanya memasarkan kira-kira lapan peratus produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di premis masing-masing, jauh dari sasaran 30 peratus yang ditetapkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu meminta penguasaha pasar raya supaya memasar produk IKS bagi memenuhi garis panduan 30 peratus tersebut.

"Pengusaha pasar raya seharusnya menempatkan produk keluaran tempatan memandangkan kualitinya yang semakin meningkat selain telah menembusi pasaran luar negara.

"Kita tidak mahu mendengar alasan pihak mereka bahawa produk tempatan tidak bermutu dan keseriusan mereka dalam mencapai target itu amat diperlukan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran suaian perniagaan antara IKS dengan pasar raya hiper, pasar raya tempatan dan asing di pusat membeli-belah Mid Valley di sini Jumaat.

Ismail Sabri berkata program suaian itu diadakan untuk mempertemukan pengusaha IKS tempatan dengan pihak pasar raya hiper, pasar raya tempatan dan asing supaya pihak berkenaan boleh menilai sendiri produk keluaran IKS.

"Kerajaan amat berharap program ini mampu mengubah persepsi pengusaha hypermarket dan pasar raya besar bahawa produk buatan tempatan juga setanding dengan produk yang diimport.

"Program ini merupakan program secara berterusan di mana pengusaha-pengusaha perusahaan kecil dan sderhana, wakil-wakil hypermarket, pasar raya, peniaga tempatan dan asing dialu-alukan untuk hadir ke kementerian pada bila-bila masa bagi mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan suaian perniagaan," katanya.

Program selama tiga hari itu disertai 102 syarikat IKS tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan