4,281 Rakyat Malaysia Di Mesir Sudah Kembali

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga ini seramai 4,281 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang dari Mesir, termasuk 451 orang yang tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines MH8031 pada 2.20 pagi tadi.

Seramai 268 warga Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 838 pada pukul 3.30 petang ini, menurut jurucakap Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah kerana syarikat penerbangan itu tidak mempunyai perkhidmatan ke Malaysia.

"Bas yang disediakan untuk membawa rakyat Malaysia dari Changi akan berhenti di perhentian bas di Larkin, Johor, Melaka Central, Seremban dan Universiti Putra Malaysia di Serdang" katanya.

Seramai 100 orang lagi rakyat Malaysia dibawa pulang dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijangka mendarat di Pangkalan TUDM di Subang pada 3 petang ini.

Kerajaan melancarkan Ops Piramid untuk membawa rakyat Malaysia kebanyakannya pelajar disebabkan keadaan yang meruncing di Mesir akibat bantahan rakyatnya terhadap pemerintahan Presiden Hosni Mubarak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan