Tanglung "Terbang" Ancam Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Orang ramai sekali lagi diingatkan tentang bahaya melepaskan sejenis tanglung yang menggunakan kuasa api untuk terbang terhadap pesawat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata tanglung Kong Ming itu boleh diterbangkan angin hingga ke ketinggian 1,800 meter dan ini boleh mengakibatkan kebakaran dan letupan jika berlanggar dengan pesawat di udara.

"Tanglung jenis ini yang mempunyai api itu bukan sahaja boleh membahayakan pesawat, ia juga boleh mengakibatkan kebakaran bangunan," katanya kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini Khamis.

Sebuah akhbar melaporkan mengenai bahaya penggunaan tanglung itu yang dijual dengan harga RM20 di tepi jalan Persiaran Gurney di sini sejak beberapa hari lepas.

"Tanglung jenis ini telah diharamkan di negara ini dan juga di negara lain seperti Hong Kong dan Singapura," kata Abdul Rahim.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob dilaporkan berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dipenjara atau didenda menurut Seksyen 285 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan