Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Semakin Kurang

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Keadaan banjir di Johor dan Melaka semakin baik dengan jumlah mangsa di 55 pusat pemindahan di dua negeri itu berkurangan sehingga pukul 6 petang, Rabu.

Di Johor, jumlah mangsa di 53 buah pusat pemindahan di daerah Muar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat kini tinggal 11,576 orang selepas 6,037 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak 8 pagi tadi.

Mengikut laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my, daerah Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai dengan 6,186 orang dari 1,366 keluarga.

Ini diikuti Muar (2,686 orang/714 keluarga), Ledang (2,396 orang/604 keluarga) dan 308 orang dari 75 keluarga di Segamat.

Menurut laporan itu, Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter sepanjang satu kilometer.

Di Muar, Km 62-71 Jalan Muar-Labis (sempadan Labis) masih ditenggelami air sedalam 0.35 meter namun sudah boleh dilalui kenderaan.

Bagaimanapun, Km 60-61 Bukit Kepong masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam 0.35 meter.

Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor.

Sementara itu, di MELAKA, seramai 118 mangsa banjir daripada 31 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan di daerah Jasin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, seramai 88 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan 30 orang dari sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan