JLKN Perkemas Dua Modul Teras Latihan PLKN

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang mengkaji kemungkinan menambah baik dua modul teras latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi melahirkan generasi muda yang lebih berketrampilan.

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata satu kajian mengenai keberkesanan modul PLKN berkenaan iaitu modul kenegaraan dan khidmat komuniti dibuat selaras dengan Program Transformasi Kerajaan.

"Kita menjangkakan keputusan kajian diketahui tahun ini dan melaksanakan hasil kajian itu tahun depan. Modul PLKN perlu disesuaikan dengan Program Transformasi Kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan keselamatan alat-alat latihan fizikal di Kem PLKN Paya Indah dekat sini.

Modul kenegaraan dan khidmat komuniti adalah antara dua daripada empat modul yang diperkenalkan dalam PLKN. Dua modul lain ialah modul fizikal dan pembinaan karakter.

Abdul Hadi berkata seramai 2,000 jurulatih akan mengikuti latihan bagi modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang akan diperkenalkan dalam PLKN Mei ini.

Beliau berkata latihan bagi modul itu, yang bertujuan membina kekuatan minda remaja dalam pembangunan insan yang sihat, dibuat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Modul ini bukanlah pendidikan seks, tetapi untuk mendedahkan pelatih dengan permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya yang melibatkan remaja," kata Abdul Hadi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan