Jakim Lancar Kempen Anti Hari Valentine

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine di sini Jumaat untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Stesen televisyen juga perlu memainkan peranan melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan majlis Wacana Inovasi Dakwah Melalui Penyiaran di sini.

Mengenai hasrat PAS untuk mengadakan kawalan pada malam Hari Valentine untuk membendung gelaja tidak bermoral, Jamil Khir berkata pihak terbabit perlu menjelaskan tindakan itu secara terperinci.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata satu taklimat khas akan diadakan untuk pelajar Malaysia di Mesir yang baru pulang ke tanah air bagi mengikis tanggapan bahawa Ops Piramid, misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir, yang dijalankan kerajaan adalah mempunyai unsur politik.

Katanya taklimat itu akan diadakan dengan kerjasama agensi-agensi serta jabatan kerajaan supaya tidak ada mana-mana pihak yang terus terpedaya dengan dakwaan itu.

Sementara itu beliau berkata kerajaan kini dalam peringkat perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan Astro bagi membolehkan orang ramai menonton siaran TV Al-Hijrah melalui stesen televisyen berbayar itu.

"Dijangka pada bulan April ini sebab sudah ada perbincangan awal dan Astro sudah memberikan harapan bahawa mereka cuba membantu mendapatkan siaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan