Tiga Sekeluarga Terhidu Gas Beracun Di Negeri Sembilan

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tiga sekeluarga berketurunan Myanmar nyaris maut apabila terhidu gas beracun dari sebuah tong gas yang dipotong untuk dijual sebagai besi buruk di Taman Jujur, Sikamat, Selasa.

Jurucakap bomba berkata silinder gas itu dipotong oleh lelaki Myanmar berusia 35 tahun dalam rumah mereka untuk dijual sebagai barang terpakai pada pukul 9.30 pagi.

"Antara yang terhidu gas itu ialah seorang kanak-kanak berusia dua tahun. kami tidak tahu bagaimana lelaki itu mendapat silinder gas itu yang dipercayai digunakan oleh kilang industri.

"Kami juga tidak tahu jenis gas yang keluar kerana tong itu tidak mempunyai label," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan, isteri dan anaknya mengalami sesak nafas.

Selain keluarga itu, empat orang jiran mereka turut terhidu gas itu dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seremban, katanya.

Beliau berkata silinder gas itu dihantar ke Agensi Pelupusan Bahan Kimia di Pusat Kualiti Alam Negeri Sembilan untuk diperiksa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan