Selangor Utus Surat Kepada Hishammuddin Minta Tubuh Polis Bantuan - Berita Semasa | mStar

Selangor Utus Surat Kepada Hishammuddin Minta Tubuh Polis Bantuan

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menimbangkan cadangan kerajaan negeri menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Abdul Khalid berkata surat itu dihantar pada Isnin.

Katanya dalam satu kenyataan Selasa, isu kandungan surat itu antara lain menyentuh tentang perlunya ditubuhkan pasukan itu memandangkan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di negeri itu.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat," kata beliau di sini.

Katanya, surat itu adalah yang kedua dihantar selepas surat pertama kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan salinannya dihantar kepada Hishammuddin pada Julai tahun lepas, tidak mendapat sebarang maklum balas.

Kerajaan Negeri Selangor pernah memohon kepada kementerian sama untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan