P.Pinang Dilanda Jerebu Sederhana - Berita Semasa | mStar

P.Pinang Dilanda Jerebu Sederhana

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini mengalami jerebu sederhana dengan jarak penglihatan empat hingga enam kilometer.

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata setakat ini catatan yang diambil sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya di sini ialah 65.

"IPU yang dicatat itu diambil melalui bacaan 24 jam yang dibuat sejak semalam dan hari ini, keadaan sedikit jerebu itu berikutan cuaca kering dan tidak hujan sejak beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau berkata IPU yang dicatatkan di Perai 55 manakala di Universiti Sains Malaysia (USM) ialah 56.

"Keadaan ini masih lagi di tahap sederhana dan tidak membahayakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan