PM Lancar Teraju Untuk Kukuhkan Agenda Pembangunan Bumiputera

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfungsi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Teraju akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan stakeholders, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di pejabatnya di sini pada Selasa.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata bagi memastikan pelaksanaan inisiatif bumiputera yang berkesan, peranan Teraju akan meliputi beberapa aspek dan dimensi.

"Kita minta supaya Teraju dapat memastikan hasil dalam jangka waktu terdekat. Ini meliputi tindakan-tindakan yang boleh membawa kejayaan dalam masa terdekat.

"Teraju juga diminta meningkatkan keberkesanan institusi termasuk mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi pada masa ini dan melihat keberkesanan institusi itu serta segala program yang sedang dilaksanakan," katanya, sambil menyatakan bahawa Teraju juga akan berfungsi sebagai urusetia untuk MTAB.

Perdana Menteri berkata Teraju juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.

Bagi menentukan penilaian inisiatif yang berkesan, katanya Teraju akan melengkapkan pangkalan datanya dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dilakukan.

"Teraju juga dikehendaki melakukan kerjasama dan engagement yang erat dengan stakeholders termasuk Dewan Perniagaan, badan bukan kerajaan dan sebagainya kepada program-program yang dilaksanakan," katanya.

Najib turut mengumumkan bahawa Husni Salleh dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Teraju.

Sementara itu, Husni berkata Teraju dengan kerjasama Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), akan melaksanakan beberapa siri makmal bermula hujung bulan ini, bagi membincangkan isu-isu berkenaan agenda Bumiputera.

"Kita jangka mengambil masa enam minggu untuk menyediakan cadangan-cadangan berkaitan peluang ekonomi Bumiputera untuk diserahkan kepada MTAB untuk kelulusan sebelum dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata antara cadangan pelaksanaan inisiatif di bawah Teraju itu ialah dengan menggunakan program sedia ada Program Transformasi Ekonomi (ETP) atau membentuk program baru di bawah ETP. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan