Peruncit Mengeluh Kekurangan Bekalan Minyak Masak Dalam Botol

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruncit di sekitar Lembah Klang hari ini mengeluh kerana tidak mendapat bekalan minyak masak dalam botol yang secukupnya daripada pengilang bagi menampung permintaan pengguna.

Mereka mendakwa masalah ini timbul ekoran tindakan pengilang mengurangkan bekalan minyak masak dalam botol tetapi menambah pengeluaran minyak masak dalam bungkusan plastik.

Tinjauan di sekitar Chow Kit, Setiawangsa dan Wangsa Maju di sini mendapati kebanyakan kedai runcit telah kehabisan bekalan minyak dalam botol.

Peniaga mendakwa bahawa mereka dimaklumkan oleh pembekal bahawa pihak pengilang telah mengurangkan penghantaran jumlah bekalan minyak masak dalam botol kerana bimbang mengalami kerugian.

Pengurus Pasaraya KK cawangan Setiawangsa, Yu Kin Boon, 36 mendakwa mereka telah kehabisan bekalan dalam botol sebelum sambutan Tahun Baru Cina minggu lepas.

Yu yang telah menjalankan perniagaan runcit di situ sejak 12 tahun lepas, berkata pihak pemborong telah menetapkan giliran kepada setiap peruncit yang ingin mendapatkan bekalan minyak masak.

Bagi Mohamed Jeyavuddin Abdul Rashid, 50, kekurangan minyak masak botol dilihat paling ketara selepas krisis minyak masak yang melanda negara ini sejak Disember lepas.

"Kalau minyak masak paket adalah tapi kalau minyak masak botol memang tak ada. Saya pesan 10 dozen, dia (pemborong) beri separuh sahaja," katanya.

Beliau, yang menjalankan perniagaan runcit di Taman Keramat sejak 10 tahun lepas, mendakwa pembekal mengambil masa sehingga seminggu untuk menghantar bekalan minyak masak berbanding sebelum krisis minyak masak yang mengambil masa tiga hari sahaja.

"Alasan dari pembekal cukup mudah, tak ada stok," katanya yang mendapatkan bekalan minyak masak daripada pemborong di Ampang.

Pandangan Mohamed Jeyavuddin itu turut dikongsi oleh Al-Idrus Syed Abas,49 yang menjelaskan bekalan minyak masak dalam botol memang sukar didapati ketika ini.

"Saya ada tempah 20 dozen tetapi pemborong bagi 10 dozen dan kebanyakannya adalah dalam bentuk paket," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Iskandar Halim Sulaiman, ketika dihubungi, berkata pihaknya telah meminta pengilang mengeluarkan semula minyak masak dalam botol selewat-lewatnya akhir bulan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan