Pembangkang Resah Reka Pelbagai isu Untuk Menidakkan Kejayaan Ops Piramid

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Kejayaan kerajaan membawa keluar lebih 9,000 pelajar keluar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi membuatkan pembangkang di Malaysia resah gelisah dan mereka pelbagai isu untuk menidakkannya, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata Ops Piramid ini merupakan satu kejayaan kerana ia adalah satu operasi besar-besaran yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menemui anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi itu di sini pada Rabu, katanya proses pemindahan pelajar ini dalam jumlah yang besar merupakan satu pengalaman baru bagi ATM khususnya Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Oleh itu, beliau berkata pengalaman baru ini perlu didokumentasikan untuk dijadikan satu manual operasi yang boleh diguna pakai oleh ATM dan TUDM jika ada operasi pemindahan besar-besaran seperti ini pada masa akan datang. Selain daripada itu, beliau mencadangkan kepada Ketua Misi Ops Piramid Kolonel Udara Abdul Mutalib Wahab supaya menulis mengenai operasi ini untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pegawai dan anggota TUDM pada masa akan datang.

Dr Abdul Latiff berkata melalui Ops Piramid ini konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang dirangka kerajaan Malaysia dapat diterjemahkan di mana aset TUDM dan aset syarikat awam seperti Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia digembelingkan bagi tujuan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia di luar negara. Ops Piramid ini juga menunjukkan bahawa tiga buah pesawat Hercules C-130 yang digunakan untuk operasi ini sebenarnya tidak mencukupi untuk operasi sebesar ini.

TUDM memerlukan lebih banyak kapal terbang pengangkut tentera seperti Airbus A-400 yang mampu mengangkut lebih ramai penumpang dan barang-barang, katanya.

"Sekarang kita terfikir...nasib baik kita dah tempah," katanya.

Turut hadir ialah Pemerintah Latihan dan Operasi Pertahanan Markas ATM Laksamana Muda Datuk Abdul Hadi A. Rashid. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan