Najib Pengerusi Mesyuarat Kabinet Di Kuantan

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini, yang pertama diadakan di luar Putrajaya sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Perdana Menteri bersama jemaah menteri tiba menaiki tiga buah bas di bangunan Yayasan Pahang pada 8.15 pagi Rabu.

Mereka kemudiannya mengadakan sesi bergambar sebelum menikmati sarapan dan mendengar taklimat pembangunan ekonomi negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tepat 9.30 pagi, Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 28 menteri memulakan mesyuarat.

Selepas itu, Najib dan jemaah menteri dijadual melawat Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau di Pekan yang mengandungi pusat kraftangan, rumah peserta, projek ternakan ikan keli dan ternakan kambing, projek pertanian fertigasi dan inap desa Bukit Kenau. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan