Mesyuarat Kabinet Di Luar Putrajaya Beri Manfaat - Najib

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berkata mesyuarat Kabinet yang diadakan di luar Putrajaya memberikan manfaat berguna kepada kerajaan.

Beliau berkata pada masa sama anggota Kabinet juga dapat merasakan hubungan di antara mereka lebih intim dan mesra sebab berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain.

"Kita buat (mesyuarat di luar) dari semasa ke semasa, tak ada sesuatu ketetapan atau kekerapan dan ikut kepada keadaan.

"Kita dapati mesyuarat di luar ada gunanya, maknanya kita dapat melihat keadaan di negeri berkenaan dan dapat peluang mendengar perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini.

Katanya, pada mesyuarat kali ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi taklimat untuk gambaran yang lebih jelas mengenai pembangunan dan juga permasalahan di negeri berkenaan.

Mesyuarat Kabinet kali ini adalah kali pertama diadakan di luar Putrajaya selepas Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Najib berkata perdana menteri terdahulu juga pernah mengadakan mesyuarat Kabinet di negeri-negeri.

Ditanya sama ada mesyuarat ini adalah petanda bagi pilihan raya umum, beliau berkata ia tidak berkaitan dengan pilihan raya dan ia adalah mesyuarat Kabinet biasa.

Katanya, mesyuarat kabinet di luar Putrajaya juga disusun dan digabung dengan program lawatan ke sesuatu kawasan bagi melihat perkembangan di peringkat lapangan.

Najib berkata kali ini program disusun supaya anggota Kabinet melihat satu projek di Pekan di mana kerajaan membantu orang miskin dengan mengamalkan prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berbeza.

"Cara kita bantu orang miskin ini bukan sahaja kita beri (sesuatu) tetapi menambah peluang untuk mereka menambahkan pendapatan secara mapan supaya mereka terus keluar dari garis kemiskinan," katanya.

Perdana Menteri dijadualkan melawat Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis, Pekan, kira-kira 50km dari sini pukul 3 petang ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan