Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Pemulangan Duti Hiburan

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kabinet bersetuju menyalurkan peruntukan bagi pemulangan duti hiburan kepada penggiat filem di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan menjalankan kajian terperinci berhubung mekanisme dan agihan pembayaran duti hiburan berkenaan.

"Jadi ini berita baik bagi penggiat filem utama di negara ini. Kita akan selaraskan dengan apa yang bakal diberi dalam peruntukan menerusi Kementerian Kewangan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum ini mencadangkan kerajaan agar menyemak kembali mekanisme pemulangan duti hiburan yang memberi kesan kewangan kepada perbadanan itu berikutan ia menggunakan dana Finas sendiri.

Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim dilaporkan berkata pemulangan duti hiburan kini semakin meningkat dan penggunaan dana secara berterusan dengan jumlah kewangan yang semakin meningkat boleh menjejaskan kedudukan kewangan Finas. Mengenai mesyuarat Kabinet di Pahang, Rais berkata ia merupakan satu langkah yang mampu mewujudkan kemesraan antara pentadbiran kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata Pahang dipilih sebagai tuan rumah kerana kerajaan negeri itu yang pertama membuat tawaran sebelum dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengenai agenda mesyuarat itu, Rais berkata ia banyak menjurus kepada Ops Piramid bagi membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir yang mengalami pergolakan akibat demonstrasi anti kerajaan memuncak di beberapa bandar raya negara itu.

"Kabinet menerima reaksi daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa yang mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan atas usaha tersebut," katanya.

Rais yakin selepas ini, mesyuarat seumpamanya akan diadakan di negeri-negeri lain.

Mesyuarat di bangunan Yayasan Pahang berkenaan julung kali diadakan di luar Putrajaya sejak Najib menjawat jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan