Kelab Putera 1Malaysia Berjaya Laksanakan Misi Ops Piramid

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kelab Putra 1Malaysia berjaya menyelesaikan misi membawa pulang penuntut Malaysia dari Mesir ke tanah air dengan selamat seperti yang diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata walaupun mereka menempuhi pelbagai halangan akhirnya mereka berjaya melaksanakan misi itu.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk bersama-sama menjalankan misi ini.

"Alhamdulillah kami telah berjaya menjalankan tangungjawab walaupun ada anggota kami ditahan, dirampas makanan, diacukan senapang AK-47 serta pelbagai lagi pengalaman yang dihadapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba di tanah air kira-kira pukul 11.15 pagi.

Abdul Azeez berkata walaupun ditahan oleh penduduk dan pihak keselamatan di Mesir, anggota Kelab Putera 1Malaysia akhirnya tidak diapa-apakan kerana berasal dari Malaysia.

Beliau berkata ini berikutan rapatnya hubungan Perdana Menteri dengan pemimpin negara luar negara terutama di Mesir.

"Alhamdulillah kami telah dilepaskan selepas disoal siasat dan mendapati kami dari Malaysia.

"Bendera kami ini kena tulis Malaysia, mereka ini mungkin ingat kami ini dari Amerika Syarikat, sebab itu mungkin ditahan, tapi apabila disoal siasat dan mengetahui dari Malaysia akhirnya kami dilepaskan," katanya.

Abdul Azeez berkata Perdana Menteri sentiasa menelefonnya hampir setiap jam untuk mengambil tahu tentang perkembangan penuntut Malaysia yang berada di Mesir untuk memastikan keselamatan mereka.

"Saya terharu apabila Perdana Menteri dan isterinya setiap satu jam menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan di sana, walaupun mereka dapat laporan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak tentera, mereka juga minta laporan daripada kami yang berada di barisan hadapan," katanya.

Kerajaan Malaysia melancarkan Ops Piramid, iaitu operasi bagi membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir akibat demonstrasi anti kerajaan yang memuncak di beberapa bandar raya negara itu, ke Jeddah, sejak minggu lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan