Di sebalik Kejayaan Ops Piramid Ada Kisah Duka

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Di sebalik kejayaan Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia keluar dari Mesir, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima berita sedih mengenai kehilangan isteri tercinta.

Pegawai Waran Kejuruteraan, Pegawai Waran 1 Alias Karman, 42, mendapat tahu bahawa isterinya Shukriah Abdullah meninggal dunia manakala seorang anaknya kini dalam keadaan koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Misi Ops Piramid Kol Dzulkarnain Ahmad memberitahu wartawan di sini, Alias, dari Skuadron 20 di pangkalan Subang, segera dihantar pulang ke tanah air dari Jeddah setelah mengetahui berita sedih itu.

"Kami serta merta menghantarnya pulang dan terima kasih kepada pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah yang membantu kami menghantar Alias untuk menguruskan jenazah isterinya," katanya.

Sementara itu, 141 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang menyertai Ops Piramid mendapat penghargaan awal daripada Kementerian Pertahanan apabila diberi peluang mengerjakan ibadat umrah di Mekah awal hari ini.

Mereka berlepas ke Mekah dengan tiga buah bas yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji.

Terdahulu, Presiden Kelab Putra 1 Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertemu dengan anggota tentera dan menyampaikan sumbangan dalam bentuk kain ihram serta wang saku untuk kemudahan mereka menunaikan ibadat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan