200 Bekas Ahli PKR Sertai Gerakan

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di sini.

Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan parti pembangkang itu jangan menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila ahlinya keluar parti dan menyokong BN sebaliknya mereka sendiri perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.

Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.

Mereka dakwa PKR gagal menjaga kebajikan ahli, menaburkan janji kosong, mengamalkan politik kronisme dan hanya berjuang untuk satu matlamat saja iaitu mahu memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri.

"Oleh kerana itu, kami membuat keputusan menyertai Gerakan kerana konsepnya berbilang kaum dan pemimpinnya merendah diri, sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat selain percaya hanya Barisan Nasional yang mampu menunaikan janji," katanya.

Beliau berkata, semua mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada kira-kira 500 ahli PKR Ipoh Barat yang mengumumkan keluar parti pada Mac tahun lalu dengan baki kira-kira 300 bekas ahli membuat keputusan tidak mahu lagi bergelumang dalam politik dan mempercayai ahli politik selepas kekecewaan dan kesengsaraan yang dilalui sepanjang berada dalam PKR.

Subramaniam berkata, beliau bagaimanapun akan cuba memujuk mereka untuk kembali berpolitik dengan menyertai mana-mana parti komponen BN. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan