AirAsia Bawa Pulang Kumpulan Terakhir Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 8 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seramai 120 lagi pelajar dan warga Malaysia berjaya dibawa pulang dari Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid menggunakan pesawat AirAsia Airbus A320.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan itu berjaya membantu mengeluarkan seramai 3,000 rakyat Malaysia pulang ke tanah air sejak Rabu lalu.

"Hari ini adalah penerbangan terakhir pesawat AirAsia dari Jeddah ke Kuala Lumpur untuk membawa rakyat kita pulang ke tanah air.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar," katanya ketika media di terminal tambang murah (LCCT) di sini, Selasa.

Ops Piramid adalah operasi membawa rakyat negara ini keluar dari Mesir yang sedang bergolak akibat tunjuk perasaan ratusan ribu rakyat negara itu yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Kamarudin yang mengetuai operasi kumpulan berkenaan berkata, AirAsia berbangga kerana berpeluang turut serta menyertai operasi menyelamat rakyat Malaysia di Mesir ekoran pergolakan di negara itu.

"Kami bersyukur kerana semuanya selamat, dan kami berasa bertuah kerana dapat memberi sumbangan untuk menyelamatkan rakyat kita yang berada di sana," katanya.

Selain itu katanya, AirAsia bersedia pada bila-bila masa untuk menyediakan pesawat membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir sekiranya pergolakan di negara itu terus berlarutan.

"Kami akan terus memantau perkembangan di Mesir, sekiranya perlu kita akan hantar pesawat lain untuk membawa pulang rakyat kita yang masih berada di sana," katanya.

Terdapat lebih 11,000 warga Malaysia di Mesir yang rata-ratanya merupakan penuntut kini dilaporkan terperangkap ekoran pergolakan yang sedang berlaku di negara itu.

Selain AirAsia, tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut terlibat dalam Ops Piramid selain syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan