TNB Usaha Sumber Baru Arang Batu Afrika Selatan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mengusahakan untuk mendapatkan sumber baru arang batu bagi menangani masalah kekurangan bekalan berikutan masalah bekalan daripada pasaran tradisinya di Queensland, Australia kerana banjir.

"Keadaan di Australia, dari satu segi, telah memberi kesan terhadap kami. Sesetengah pembekal di Australia tidak dapat melakukan serahan bekalan arang batu kepada kami kerana banjir di Queensland," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh semasa diminta mengulas mengenai harga arang batu pada Isnin.

"Apa yang kita sedang lakukan pada masa ini ialah membeli arang batu dari seluruh dunia, terutama sekali dari Afrika Selatan," katanya.

Sebelum itu, Che Khalib telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi pihak TNB dengan Reseau de Transport d'Electricite dari Perancis.

TNB kemungkinan sedang mengkaji mendapatkan lebih banyak bekalan dari Indonesia, katanya, sambil menyatakan bahawa para pegawai TNB akan pergi ke Indonesia bagi merundingkan mengenai bekalan komoditi itu.

"Kami sedang membeli secara agresif bagi menangani masalah bekalan sekarang ini. Saya rasa bekalan di Queensland tidak dapat diselesaikan dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang dan akan memakan masa yang lebih lama dari jangkaan.

"Saya rasa kita perlu memastikan bekalan dengan segera," katanya.

Mengenai harga arang batu, Che Khalib berkata harganya telah turun sejak dua minggu lepas, selepas meningkat setinggi US$145 setan metrik dan kini diniagakan sekitar US$120 setan metrik.

"Harga arang batun tidak akan turun di bawah paras US$100 dalam tempoh jangka pendek tetapi saya rasa ia baik bagi kita.

"Setiap kenaikan harga arang batu sebanyak US$10 akan memberi kesan hampir 16 peratus ke atas keuntungan syarikat itu," katanya.

Che Khalib dipetik pada bulan lepas sebagai berkata bahawa keuntungan TNB bagi tahun kewangan semasa berakhir Ogos 2011, kemungkinan menerima kesan sehingga sebanyak 20 peratus, di dalam keadaan yang teruk, jika harganya terus meningkat dengan banyak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan