PVTM Dapat Sijil Perakuan Sah Penubuhan Persatuan - Berita Semasa | mStar

PVTM Dapat Sijil Perakuan Sah Penubuhan Persatuan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) diperakui sebagai sebuah persatuan yang sah apabila Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Selangor mengeluarkan sijil perakuan pendaftaran persatuan itu berkuatkuasa 27 Januari lepas.

Presidennya Mohd Ali Baharom berkata dengan pengesahan itu persatuan berkenaan akan berperanan untuk meneruskan usaha bagi membantu bekas-bekas anggota tentera meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.

"Buat masa ini masih terdapat segelintir bekas anggota tentera dari kalangan orang Melayu yang tidak terbela nasib mereka serta sukar mendapatkan pembelaan n termasuk dalam soal meningkatkan taraf hidup, perubatan dan sebagainya.

"Apabila persatuan ini telah diperakui ia akan memudahkan usaha kita untuk memulakan program yang bersesuaian ke arah membantu pesara tentera," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sijil Pertubuhan kepada perajurit veteran Melayu Malaysia di sini, Isnin.

Mohd Ali berkata bagi tujuan itu persatuan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan isu-isu berkaitan dan permasalahan yang dihadapi oleh bekas anggota tentera.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan