PKR Ketandusan Pemimpin - Rosnah

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menubuhkan Majlis Presiden untuk mentadbir parti itu di Sabah menunjukkan parti itu ketandusan pemimpin, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya parti itu tidak lagi mampu melantik seorang pemimpin untuk mengetuai PKR di Sabah.

"Puteri Umno percaya tindakan ketua PKR Sabah Pajudin Nordin keluar daripada parti itu dan ingin menyertai Umno selepas hanya sebulan dilantik ke jawatan tersebut cukup untuk menggambarkan kemelut sebenar PKR yang kini mengalami krisis kepercayaan barisan kepimpinannya.

"Ia memberi petunjuk secara keseluruhannya tentang kedudukan serta sokongan terhadap PKR, baik di Sabah mahupun di Semenanjung, yang semakin tergugat dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat," katanya ketika dihubungi.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan bahawa beliau sendiri akan mengetuai sebuah Majlis Presiden yang akan memimpin PKR di Sabah buat sementara waktu, berikutan tindakan Pajudin meninggalkan parti itu.

Mengenai tindakan 10 pemimpin DAP Tawau meninggalkan parti berkenaan dan menyertai parti Gerakan, Rosnah berkata ini turut menunjukkan kerapuhan sokongan terhadap DAP, sebagaimana yang dialami PKR iaitu rakannya dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin pula berkata perkembangan terbaru dalam PKR Sabah menunjukkan parti itu sukar mendapatkan pemimpin yang baik di Sabah "kerana semua pemimpin yang baik berada dalam Barisan Nasional".

"Ia satu petanda jelas PKR tidak diterima di Sabah," katanya.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata orang ramai sudah boleh menilai kenapa ramai pemimpin dan anggota PKR meninggalkan parti itu untuk menyokong BN.

Presiden Parti Liberal Demoktratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong, juga berkata rakyat sudah sedar tentang masalah dalaman yang serius yang kini menimpa PKR khususnya di Sabah.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan