Perintah Tahanan 7 Lanun Somalia Dilanjutkan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perintah tahanan ke atas tujuh lanun Somalia yang ditangkap dalam satu operasi selepas mereka merampas sebuah kapal dagang Malaysia di Teluk Aden akan dilanjutkan selama enam hari lagi.

Agensi berita antarabangsa AFP memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata, pasukan penyiasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan mereka sebelum proses pendakwaan dijalankan.

Kes ini dilihat sebagai satu kes yang bersejarah kerana belum pernah ada sebuah negara Asia yang mendakwa lanun yang beroperasi di laut Somalia yang dianggap sebagai kawasan tanpa undang-undang.

Ketujuh-tujuh lanun berkenaan ditahan oleh pasukan komando Tentera Laut Diraja Malaysia pada 31 Januari lalu selepas mereka menawan kapal MT Bunga Laurel lebih kurang seminggu sebelum itu.

Kapal tersebut dalam perjalanan ke Singapura dengan membawa kargo minyak pelincir bernilai lebih AS$10 juta.

Sehari selepas itu, Tentera Laut Korea Selatan, turut menawan lima lagi lanun yang cuba merampas dan merompak sebuah kapal milik negara berkenaan di teluk yang sama.

Malaysia dan Korea Selatan akan menjadi negara pertama Asia untuk mendakwa lanun Somalia.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan