OPS Piramid Akan Tamat Dalam Tempoh Terdekat:Panglima TUDM

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH:Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yakin Ops Piramid akan tamat dalam tempoh terdekat ekoran kejayaan membawa lebih separuh daripada rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud berkata tiga pesawat C-130, bersama lima pesawat komersial iaitu tiga pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan dua pesawat AirAsia telah berjaya mengeluarkan 6,777 rakyat Malaysia sehingga pukul 1.15 tengah hari, Isnin.

"Kita menjangkakan operasi memindahkan sebahagian lagi pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah akan selesai sama ada hari ini atau esok. TUDM amat bersyukur kerana dapat melaksanakan Ops Piramid berkenaan dengan jayanya," katanya kepada pemberita di Pangkalan Udara Butterworth di sini, Isnin.

Beliau berkata kapal Auxillary Tentera Laut Diraja Malaysia, MV Bunga Mas 5 yang tiba di pelabuhan Suez, Mesir pada Sabtu lepas, dilaporkan dalam keadaan bersiap sedia bagi membantu pada bila-bila masa jika diperlukan.

"Ada kemungkinan kapal berkenaan akan digunakan tetapi kita tengok keadaan semasa dan ia akan berlabuh di situ sehingga 15 Feb ini," katanya.

Rodzali berkata TUDM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tentera Udara Arab Saudi kerana telah membantu TUDM dalam memudahkan urusan pemindahan rakyat Malaysia.

"Tentera Udara Arab Saudi sangat membantu kita dalam mempercepatkan usaha memindah rakyat Malaysia dengan memberi laluan udara kepada pesawat TUDM dan membantu dalam mengisi minyak serta oksigen pesawat," katanya.

Ops Piramid merupakan usaha kerajaan membawa rakyat Malaysia terutamanya golongan pelajar di Mesir untuk berpindah ke Jeddah di Arab Saudi ekoran pergolakan yang berlaku di Mesir.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan