Mangsa Banjir Di Johor Dan Melaka Berkurangan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan berkurangan berikutan keadaan banjir yang semakin reda.

Seramai 27,737 orang daripada 6,680 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor sehingga pagi Isnin.

Sehingga pukul 8 pagi, kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 100 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.

Daerah Muar mencatatkan mangsa teramai dengan 10,574 orang daripada 2,633 keluarga, diikuti Batu Pahat (8,775 orang, 1,944 keluarga), Ledang (6,750 orang, 1,698 keluarga) dan Segamat (1,638 orang, 405 keluarga).

Daripada 100 pusat pemindahan yang dibuka, 28 adalah di Muar, 37 di Batu Pahat, 16 di Segamat dan 19 di Ledang.

Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah Jasin, dilaporkan berkurangan kepada 227 orang pagi Isnin berbanding 254 orang petang Ahad.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata seramai 197 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat.

Kesemua mangsa tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai, katanya ketika dihubungi di sini.

Cuaca cerah dilaporkan di seluruh negeri itu, kata jurucakap itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan