Lebih 6,000 Rakyat, Pelajar Malaysia Dikeluarkan Dari Mesir Sehingga 8 Malam Ahad - Berita Semasa | mStar

Lebih 6,000 Rakyat, Pelajar Malaysia Dikeluarkan Dari Mesir Sehingga 8 Malam Ahad

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 6,179 rakyat Malaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah menerusi Ops Piramid sehingga pukul 8 malam Ahad.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama daripada jumlah itu, seramai 2,404 dikeluarkan menerusi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, 2,150 oleh tiga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan 1,625 orang menerusi dua pesawat AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan