Lebih 100 Tan Sampah Dikutip Dalam Masa Enam Hari Sempena Cuti Perayaan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Setiap kali musim perayaan, masalah sampah tidak dipungut menjadi tajuk perbualan orang ramai terutama penghuni taman-taman perumahan kerana timbunan sampah menjadi busuk mengganggu keselesaan mereka.

Menyedari masalah itu, Umno bahagian Kuala Kedah melancarkan 'Operasi Bersih dan Selamat' di enam buah taman dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan selama enam hari berturut-turut mulai 1 Februari dan berakhir Ahad.

Naib Ketua Umno bahagian Datuk Abdul Mutalib Haron berkata kutipan sampah dibuat siang dan malam dalam tempoh itu dan berhasil mengumpul lebih 100 tan sampah.

"Program ini dengan kerjasama Majlis Gabungan Penduduk Taman-taman Sri Ampang, Samudra, Setia, Sinaran, Kantan dan Taman Seri Abadi melambangkan semangat 1Malaysia kerana semua bangsa dan penduduk terbabit," katanya.

Katanya Umno Kuala Kedah akan menjadikan program ini aktiviti tahunan membabitkan penduduk berbilang kaum bagi membantu menjayakan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sementara itu, penduduk Taman Sinaran, Ng Kim Pok, 35, berkata beliau menyokong program ini yang menurutnya membantu mengeratkan hubungan antara kaum selain kebersihan taman perumahan dapat dikekalkan.

Rakannya, Lim Chong Keat, 40, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana menganjurkan program kebersihan itu membolehkannya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dalam keadaan selesa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan