Khusrin Terima Tugas Pertama Sebagai SUK

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Mohamad Khusrin Munawi pada Isnin menerima tugas pertamanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor apabila diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan kepada Mohamad Khusrin oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di sini, Isnin.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu, Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenalpasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.

"Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada Abdul Khalid membenarkan Mohamad Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK itu menghadiri mesyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Abdul Khalid mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK berkuat kuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dengan mengatakan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai pelantikan itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor yang diterajui bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, yang berada di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.

Pindaan itu gagal kerana tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga anggota dewan.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan