Keluarga Bersyukur Anak Selamat Pulang

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Demi kasih seorang bapa seorang pesara yang berkerusi roda sedia untuk ke Mesir bagi memastikan keselamatan anaknya terjamin di negara yang sedang menghadapai pergolakan politik ketika ini.

Zuhan Kazin, 51, yang sentiasa berdoa supaya anaknya, Zuain Najwa, 19, yang menuntut dalam jurusan perubatan di Universiti Al-Azhar itu sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Sejak tercetusnya konflik di Mesir kira-kira dua minggu lalu, dia tidak mampu menahan rasa sedih dan bimbangnya terhadap anak bongsu daripada dua adik-beradik itu.

“Kalau hendak diikutkan, ketika itu juga saya sanggup untuk ke sana bertemu dengannya meskipun saya hanya berkerusi roda.

"Saya setiap hari berdoa kepada Tuhan dan setiap hari saya berusaha mengikuti perkembangannya. Macam-macam berita yang saya dengar mengenai keadaan di Mesir membuatkan saya risau tentang keadaannya.

“Apabila diberitahu dia sudah selamat dipindahkan ke Jeddah, saya amat bersyukur.

“Inilah yang dinamakan sayangnya anak. Ibu bapa sanggup berkorban apa saja demi memastikan keadaan anak-anak sentiasa selamat. Saya bersyukur di selamat pulang,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini, Isnin.

Sebelum itu seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.

Sementara itu, Nor Adiah Salim, 40, kakak kepada Nor Raudah Salim, 27, pula bersyukur dan gembira kerana melihat adiknya selamat pulang ke tanah air.

Nor Adiah bagaimanapun memberitahu pada awalnya dia begitu bimbang dengan keadaan adiknya yang enggan pulang ke tanah air.

“Dia (adik) mungkin berasa selamat di Jeddah selepas dipindahkan dari Kaherah tetapi kami di sini diperdengarkan perkhabaran yang tidak indah mengenai rusuhan yang berlaku oleh penunjuk perasaan di sana.

“Saya berasa amat bersyukur apabila adik akhirnya berubah fikiran untuk pulang dan bertambah bersyukur kerana dia merupakan antara pelajar dalam kumpulan pertama yang pulang ke Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsiah Nawawi, 47, berasal dari Ketereh, Kelantan tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila mendapat tahu tentang pergolakan yang berlaku di negara terbabit.

Ini kerana katanya, ketiga-tiga anaknya sedang menuntut di negara itu dan masing-masing berada di lokasi berasingan.

“Seorang anak bagi saya begitu berharga. Saya ada tiga anak di sana, jadi sudah tentu sebagai ibu yang menyayangi anak-anak begitu merisaukan keadaan mereka.

“Saya bersyukur kerana mereka selamat pulang ke Malaysia. Terima kasih kepada semua pihak terutama kerajaan kerana melaksanakan misi menyelamat ini,” katanya.

Shamsiah berkata, diharapkan pelajar-pelajar lain turut selamat dibawa pulang supaya ibu bapa mereka merasai apa yang dirasainya iaitu kesyukuran yang tidak terhingga.

“Semuanya berkat doa saya supaya anak-anak sentiasa selamat. Saya amat bersyukur di atas kegembiraan ini,” katanya yang merupakan ibu kepada Nurul Husna Zahran, 23, pelajar jurusan Perubatan tahun tiga di Universiti Sains Teknologi Jordan.

Selain itu, dia mempunyai anak lagi yang menuntut di Mesir iaitu Irsyad Zamani Zahran, 22, pelajar jurusan Perubatan tahun empat di Universiti Iskandariah dan Nor Nasuha Zahran, 20, pelajar perubatan di Universiti Ayisham.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan