Kamarul Zaman Mat Isa Dilantik KSU Baru Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 1 Februari lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan hari ini mengumumkan pelantikan Kamarul Zaman adalah bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf yang bersara wajib pada 28 Januari lepas.

"Kamarul Zaman dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan yang baru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau, yang boleh membantu kepimpinan Kementerian Kesihatan dalam menyediakan persekitaran dan taraf rawatan kesihatan terbaik, seiring dengan aspirasi, wawasan dan perubahan transformasi negara," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Kamarul Zaman, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 19 Sept 1977, sebelum menyandang pelbagai jawatan lain termasuk Penolong Pengarah, Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan (1986), Pengurus Kanan Khazanah Nasional Berhad (1994-1995) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan mulai 27 Mac 2008.

Sidek turut memaklumkan pelantikan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan/Aset dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Chin Phaik Yoong sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) kementerian itu, berkuat kuasa hari ini.

Chin, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Polisi dan Pengurusan Awam serta Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya.

Beliau memasuki perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981, dan berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan serta pentadbiran awam.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti dan Produktiviti, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di Jabatan Perdana Menteri (1997-2005) sebelum dilantik ke jawatan sekarang pada 2007.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan/Aset dan Penswastaaan Hazally Jali dilantik menggantikan tempat Chin, juga berkuat kuasa hari ini, kata Sidek.

Hazally, 53, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sosiologi dari Universiti Malaya, menyandang jawatan itu sejak 1 September 2007.

Beliau berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan kewangan, khususnya di Kementerian Kesihatan menerusi perkhidmatan dalam pelbagai jawatan di kementerian itu.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perolehan dan Penswastaan (2001-2005) serta Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia (Unit Panel Penilaian Kepakaran) (2006-2007).

"Saya percaya dan berkeyakinan penuh bahawa menerusi pengalaman luas dan pengetahuan ketiga-tiga pegawai, akan mampu membantu mereka mengetuai dan menggemblengkan semua pihak di Kementerian Kesihatan dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti ke arah kehidupan ekonomi dan sosial negara yang produktif," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan