Dalang Guna Nama, Pejabat Menteri Besar Perak Dikenal Pasti

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini berkata dalang yang menggunakan nama beliau, nama pejabat beliau serta kepala surat dan cop Pejabat Menteri Besar bagi mendapatkan habuan telah dikenal pasti.

"Setakat ini (dalang berkenaan) belum ditahan. Polis sedang menyiasat dan saya sudah arahkan supaya dapatkan seberapa banyak kes seumpama ini berlaku di Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Parti Gerakan Perak, di sini, Ahad.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dalang berkenaan atau bilangan mereka yang terlibat.

"Perbuatan itu merupakan satu perkara serius dan kita tidak boleh pandang ringan kerana ia menjejaskan nama baik kerajaan negeri," katanya.

Rabu lepas, Zambry meminta polis menyiasat dan mengenal pasti dalang kes penipuan berkenaan yang turut menggunakan nama anggota exco kerajaan negeri serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Golongan itu dipercayai menggunakan 'surat-surat rasmi' terbabit untuk mengumpan pihak-pihak tertentu agar memberi habuan kepada mereka bagi mendapatkan projek kerajaan negeri.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan