Ada Yang Tak Kena Dengan PKR - Najib

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Tindakan Pajudin Nordin melepaskan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu pada Sabtu menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.

"Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini," katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di sini, Ahad.

Beliau berkata perkembangan terbaru itu dapat membuka mata rakyat mengenai keadaan PKR sekarang, dan merujuk kepada permohonan Pajudin untuk menyertai Umno, katanya perkara itu akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi parti.

Semalam salam satu persidangan akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Pajudin mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatannya dalam PKR dan keluar dari parti itu, di samping memohon untuk menyertai Umno.

Sementara itu Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pertemuan beliau dengan Adun BN Sarawak bukan semata-mata berkisar kepada persiapan untuk pilihan raya negeri, tetapi lebih kepada usaha meningkatkan keberkesanan pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat.

Katanya semua Adun BN Sarawak yang ditemui beliau dilihat cukup bersedia melaporkan situasi di kawasan masing-masing di samping memberi pelbagai saranan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat yang terlibat mencakupi bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri yang dapat diselesaikan melalui kerjasama kedua-dua peringkat pentadbiran," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan