Wujudkan Zon Khas Untuk Sukan Air Di Pantai - Ng Yen Yen

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri perlu mengambil langkah segera termasuk mewujudkan zon khas untuk sukan air di pantai bagi mengelak berlaku lagi kemalangan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Katanya, kejadian seorang pelancong warga China yang patah kedua-dua kaki akibat dirempuh sebuah jet ski di Batu Feringghi semalam patut dijadikan pengajaran. "Kejadian itu memberi kesan negatif kepada industri pelancongan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa Zhu Li, 47, di Hospital Pulau Pinang di sini, Ahad.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi Sabtu, mangsa Zhu bersama suami dan anak perempuannya serta tiga rakan mereka sedang bermain di tepi pantai apabila sebuah jet ski merempuh mangsa dari arah belakang.

Ng berkata tahun ini terdapat tujuh kes kemalangan melibatkan sukan air di Batu Feringghi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob kedua-dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai merempuh mangsa kini direman dua minggu bagi membantu siasatan.

"Siasatan juga mendapati mereka tiada sebarang dokumen perjalanan dan berada di negeri ini untuk bercuti," katanya. "Kes itu disiasat menurut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan