TPM Mahu Lim Guan Eng Berlaku Adil Kepada Rakyat P.Pinang

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berlaku adil kepada rakyat negeri ini, tanpa mengira kaum, dengan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan, demi pembangunan ekonomi penduduk negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana rakyat semua kaum di negeri ini berhak mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.

"Layanlah rakyat Pulau Pinang, Melayu atau Cina atau India. (Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya memberi peluang dan galakan kepada peniaga untuk mencari nafkah dan bukannya menghalang mereka.

"Saya tahu Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang, tapi tidak apa. Yang penting pakatan pembangkang ada komitmen untuk membantu (rakyat) sama seperti BN yang ada komitmen untuk bangunkan rakyat tanpa sebarang perbezaan," katanya.

Muhyiddin berkata, sikap adil itu akan membuatkan rakyat berasa lebih selesa dan berpuas hati dan ia akan membantu usaha untuk memajukan negara.

Beliau juga menafikan dakwaan Lim bahawa Pulau Pinang tidak mendapat faedah daripada program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan pusat.

"Pulau Pinang dapat faedah dari dulu lagi. Kerajaan pusat buat untuk semua negeri dan tidak terkecuali juga negeri Pulau Pinang.

"BN membangunkan Pulau Pinang bukan kerana Lim jadi Ketua Menteri tetapi untuk rakyat negeri ini," katanya.

Muhyiddin berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat penting untuk pembangunan ekonomi negeri.

"Saya tahu Ketua Menteri juga tahu tenteng perkara ini (kerjasama)," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat Pulau Pinang tidak mahu mendengar janji kosong kerajaan negeri sebaliknya mahu melihat kesan daripada apa yang dilaksanakan.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin BN negeri.

Lim dan beberapa exco kerajaan negeri juga hadir pada majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan